Pengerusinya, Mohd. Azham Abd. Jabar berkata, peningkatan tersebut adalah sebanyak lima peratus berbanding tahun sebelum ini.

Beliau berkata, berdasarkan prestasi baik Koponas, pihaknya juga akan meningkatkan pemberian dividen ke atas modal saham sebanyak 10 peratus dan hibah atas simpanan khas sebanyak enam peratus.

“Seperti tahun-tahun sebelum ini, Koponas kekal mencatatkan keuntungan hasil perniagaan yang dijalankan koperasi berkenaan.

“Pada 2018, Koponas telah mencatatkan perolehan sebanyak RM16.22 juta dengan kenaikan sebanyak 3.6 peratus berbanding perolehan yang direkodkan pada 2017.

“Keuntungan koperasi pada 2018 adalah sebanyak RM5.67 juta dengan nisbah keuntungan bersih kekal melebihi 30 peratus,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, Mohd. Azham memberitahu, Koponas telah diiktiraf di kedudukan ke-25 koperasi terbaik di negara ini, tahun lalu sekali gus meningkat 27 anak tangga berbanding tahun sebelum itu.

Katanya, lebih membanggakan kedudukan tersebut membabitkan sebanyak 13,899 koperasi berdaftar di seluruh negara.

“Kejayaan itu adalah hasil berkat usaha gigih semua pihak yang tidak sentiasa bekerja keras mahu melihat Koponas terus cemerlang.

“Untuk rekod, indeks 100 koperasi terbaik ini diukur berdasarkan kepada pencapaian tahap kewangan iaitu (perolehan, aset dan ekuiti). Selain itu, ia juga diukur pencapain daripada segi perniagaan, pengurusan dan pematuhan perundangan mengikut standard yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia.

“Kami sentiasa komited untuk terus berusaha bukan sahaja kekal dalam senarai 100 koperasi terbaik malah melonjak ke tangga ke-20 terbaik pada masa depan,” katanya.- UTUSAN ONLINE