Beliau berkata, permintaan eksport yang kukuh dilihat sebagai harga sokongan dalam jangka terdekat.

“Kami mengesan paras sokongan pada RM2,150 dan paras rintangan pada RM2,250 satu tan,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Semasa urus niaga ditutup hari ini, kontrak niaga hadapan MSM untuk Ogos 2019 turun RM2 kepada RM2,172 satu tan, September 2019 merosot RM43 kepada RM2,143 satu tan, Oktober 2019 turun RM45 kepada RM2,174 satu tan dan November 2019 susut RM40 kepada RM2,200 satu tan.

Jumlah dagangan meningkat kepada 64,473 lot daripada 58,502 lot pada Rabu, manakala kepentingan terbuka naik kepada 247,038 kontrak daripada 236,043 kontrak.

Di pasaran fizikal, Ogos Selatan turun RM20 kepada RM2,150 satu tan. - BERNAMA