.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Chan Heng Wah berkata, aset-aset berkenaan adalah KIP Mart di Tampoi, Kota Tinggi, Masai, Senawang dan Melaka serta KIP Mall di Bangi, Selangor.

Menurut beliau, inisiatif hijau itu merupakan perjanjian selama 25 tahun dengan Pekat Solar Sdn. Bhd. berasaskan nisbah 80:20 pada kos keseluruhan kira-kira RM9.26 juta yang dibiayai menerusi pinjaman bank.

“Untuk tempoh 25 tahun ini kami menjangkakan dapat menjana kira-kira 93.9 gigawatt jam elektrik daripada sistem berkenaan serta mencatatkan penjimatan sebanyak RM26.4 juta yang mewakili kira-kira 15 hingga 20 peratus daripada kos elektrik keseluruhan,” katanya kepada pemberita pada majlis penyerahan sistem solar PV di sini hari ini.

Tambah Heng Wah, KIP REIT akan terus menyokong usaha tenaga boleh diperbaharui oleh kerajaan dan menjangkakan sistem sama akan dilaksanakan di pusat Beli-belah Aeon Kinta City, Ipoh, Perak tidak lama lagi.

Katanya, syarikat turut menyasarkan peningkatan nilai aset di bawah pengurusan kepada kira-kira RM1.5 bilion menjelang 2023. - UTUSAN ONLINE