Beliau berkata pelan itu bukan hanya memberi kesan positif kepada Perlis malah negara.

“Dalam konteks ini, kerajaan pusat lebih mementingkan kesejahteraan rakyat dan tidak wajar rakyat dijadikan mangsa hanya kerana berlainan fahaman politik,” katanya semasa sidang media bersama Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man di sini, hari ini.

Terdahulu, beliau mengadakan kunjungan hormat kepada Azlan di pejabat Menteri Besar di Kompleks Dewan Undangan Negeri di sini diikuti mesyuarat bersama dengan agensi di bawah MITI serta pegawai kanan kerajaan negeri.

Darell berkata peluang bermesyuarat itu digunakan bagi membincangkan serta mengemaskinikan isu berkaitan Perlis khususnya pelaburan, fasiliti dan infrastruktur yang diperlukan supaya negeri ini sentiasa menjadi destinasi pilihan pelabur. - BERNAMA