.

Naib Presiden Pemasaran MR.D.I.Y., Andy Chin berkata, kempen yang dianjurkan buat julung kalinya ini diadakan sempena sambutan Hari Malaysia Ke-56 bermula 1 hingga 30 September 2019.

Katanya, rakyat Malaysia boleh merebut tawaran diskaun sehingga 30 peratus bagi jenama Malaysia terpilih di lebih 500 cawangan MR.D.I.Y. di seluruh negara dan juga menerusi platform e-dagang peruncit dan Shopee.

“Sebagai jenama kelahiran Malaysia, ini adalah cara kami memberi penghormatan kepada jenama-jenama Malaysia yang menjual produk mereka di cawangan kami, sambil menggalakkan lebih banyak pengilang dan pengedar tempatan untuk menjual produk mereka di MR.D.I.Y.

“Sebagai peruncit yang mempunyai slogan dan bermatlamat untuk menawarkan produk kualiti terbaik dan memberi nilai wang kepada pelanggan seiring moto Always Low Prices,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

MR.D.I.Y. menggunakan detik bersejarah negara untuk meningkatkan kesedaran para pelanggan setia mereka supaya menyokong produk buatan ­Malaysia yang boleh didapati di cawangan MR.D.I.Y.

Sejumlah 42 pro­duk dalam empat kategori iaitu Perkakas, Isi Rumah, Barangan Elektrik, dan Aksesori Kereta akan dijual pada harga diskaun.

Ini termasuk botol air, kuali aluminium, mop, penyapu, beg sampah, tong sampah, penyangkut baju, peti alatan, peti simpanan, sarung tangan, bahan pencuci, alas lantai kereta, produk penjagaan kereta, soket pe­nyambung elektrik dan banyak lagi.

Antara jenama yang ditawarkan termasuk Waxco, Lava, Kleenso, Gendang, Hokah, Zirafah, Pye Lwd, Sekoplas, Rayaco, Techplas, Kilat, x'traseal, ­felton, eplas dan elianware.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut, orang ramai boleh layari laman web MR.D.I.Y. http://mrdiy.com/, media sosial: Facebook dan Instagram: @mrdiy2u, laman rasmi Shopee MR.D.I.Y.: https://shopee.com.my/mrdiy2u dan kedai dalam talian https://www.mrdiy.com.my/.