Naib Presiden Pemasarannya, Andy Chin berkata, MR.D.I.Y. memulakan kempen dengan mengadakan 7.7 Bashing Sales bermula dari 7 hingga 13 Julai ini dengan diskaun hebat sehingga 10 peratus untuk 100 produk dalam talian.

 

“Sebagai tambahan baucar diskaun bernilai RM6, RM10 dan RM15 menanti para pe­langgan. Pelanggan yang ber­belanja paling banyak akan diberi ganjaran harian melalui baucar bernilai sehingga RM700,” katanya dalam ke­nyataan di sini hari ini.

Tambah Chin, Bash Out Madness akan bermula pada 14 hingga 20 Julai dengan ­tawaran diskaun sehingga 10 peratus untuk 200 produk dalam talian.

Menurutnya, ia sama seperti 7.7 Bashing Sales yang mana terdapat baucar diskaun RM6, RM10 dan RM15 menanti para pelanggan dan yang berbelanja paling banyak akan me­nerima ganjaran harian berupa baucar sehingga RM700.

 

“DDAY istimewa berlangsung pada 16 Julai dan pelanggan akan menikmati baucar diskaun sehingga RM20 dengan potongan RM8, RM12 dan RM20. Kemuncak kempen ini adalah pelanggan berpeluang memenangi hadiah utama berupa sebuah Iphone X, tiga pembesar suara bluetooth dan tiga periuk nasi bermula 21 hingga 31 Julai.

“Pelanggan akan menikmati diskaun sehingga 10 peratus untuk 300 produk dalam talian bersama baucar RM6, RM10 dan RM15. Pelanggan dengan perbelanjaan harian tertinggi akan menerima baucar dalam talian sehingga RM1,100 sementara DDAY pada 31 Julai,” katanya.

Chin berkata, pihaknya ­bekerjasama dengan Boost untuk menawarkan RM8 baucar tunai kepada para pelanggan bagi setiap perbelanjaan berjumlah RM50 melalui aplikasi Boost di samping 11 kali Shake Tokens.

MR.D.I.Y. turut menawarkan harga RM1 bagi 25 jenis produk yang bernilai sehingga RM18,000 sehingga 31 Julai ini.