Ketua Setiausahanya, Datuk Dr. Tan Yew Chong berkata harga bukan merupakan cabaran pertama yang dihadapi oleh negara ini, malahan ia hanya bersifat berjangka pendek disebabkan harganya yang tidak menentu.

“Kita menggunakan pendekatan holistik untuk mengatasi cabaran tersebut. Jadi, kita kena lihat bekalan dan permintaan secara keseluruhan daripada negara-negara pengeluar kelapa sawit. Banyak elemen kita kena tengok dan banyak juga inisiatif telah dan sedang diambil.

“Salah satunya ialah supaya kita dapat memperluaskan pasaran dunia dan setiap kali kita pergi mengadakan misi promosi dan perdagangan, kita akan mencari jalan bagaimana untuk menambah penjualan minyak dan produk sawit kita,” katanya kepada pemberita selepas majlis taklimat pensijilan Minyak Sawit Mampan (MSOP) dan sesi dailog bersama pekebun kecil di Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Yik Chiao Bukit Pelandok dekat sini, hari ini. - BERNAMA