Lebihan dalam sistem konvensional merosot kepada RM19.2 bilion daripada RM23.1 bilion pagi ini manakala dalam sistem Islam ia susut kepada RM10.8 bilion daripada RM17.27 bilion.

Terdahulu hari ini, BNM menawarkan dua tender pasaran wang konvensional, satu tender Qard dan satu tender repo berbalik.

Pada pukul 4 petang, bank pusat menawarkan tender pasaran wang konvensional bernilai RM19.2 bilion dan tender pasaran wang Murabahah bernilai RM10.8 bilion, kedua-duanya bagi wang sehari.

Purata kadar faedah semalaman Islam berada pada 2.96 peratus, manakala kadar satu, dua dan tiga minggu, masing-masing berada pada 3.03 peratus, 3.07 peratus dan 3.12 peratus. - BERNAMA