Mudah tunai hari ini dianggarkan RM19.61 bilion dalam sistem konvensional dan RM13.86 bilion dalam dana Islam.

Bank pusat akan mengeluarkan tender pasaran wang konvensional RM1 bilion bagi tujuh hari dan RM500 juta untuk 14 hari, serta tender Qard RM500 juta bagi tujuh hari, RM1 bilion untuk 14 hari dan RM900 juta bagi 21 hari.

BNM juga akan menawarkan Program Komoditi Murabahah bernilai RM500 juta bagi 33 hari, serta tender repo berbalik RM830 juta untuk 30 hari dan RM500 juta bagi 92 hari.

Pada 4 petang, BNM akan menjalankan tender semalaman konvensional sehingga RM19.4 bilion dan tender semalaman Murabahah bernilai RM11.0 bilion. - BERNAMA