Lebihan dalam sistem konvensional meningkat kepada RM23.20 bilion daripada RM20.82 bilion pada sebelah pagi manakala dalam sistem Islam ia berkurangan kepada RM10.80 bilion daripada RM17.85 bilion.

Terdahulu hari ini, BNM mengeluarkan satu tender pasaran wang konvensional dan tiga tender Qard.

BNM juga menyemak tender semalam konvensional daripada RM19.8 bilion kepada RM22.4 bilion.

Pada pukul 4 petang, bank pusat melaksanakan tender pasaran wang konvensional bernilai RM22.4 bilion dan tender pasaran wang Murabahah RM10.8 bilion, kedua-duanya bagi wang sehari.

Kadar faedah semalaman Islam purata berada pada 2.96 peratus manakala kadar seminggu, dua minggu dan tiga minggu masing-masing pada 3.03 peratus, 3.07 peratus dan 3.12 peratus. - BERNAMA