Lebihan dalam sistem konvensional turun kepada RM19.76 bilion daripada RM24.47 bilion pagi ini manakala dalam sistem Islam, angkanya berkurangan kepada RM6.70 bilion daripada RM11.59 bilion.

Terdahulu, BNM melaksanakan dua tender pasaran wang konvensional dan satu tender Qard lelongan matang pelbagai Islam (iRMA).

Pada pukul 4 petang, bank negara menjalankan tender pasaran wang konvensional berjumlah RM19.70 bilion dan tender pasaran wang Murabahah sebanyak RM6.70 bilion, kedua-duanya untuk wang tiga hari.

Purata kadar faedah semalaman Islam sebanyak 2.96 peratus, manakala kadar satu, dua dan tiga minggu, masing-masing berada pada 3.03, 3.07 dan 3.12 peratus. - BERNAMA