Pengerusi Eksekutif Shieldcard, Tunku Naquiyuddin Tuanku Ja’afar berkata, kadar penembusan insurans di Malaysia masih rendah dengan hanya kira-kira 15 peratus rakyat mempunyai insurans kesihatan. 


“Matlamat kami adalah untuk menyediakan keselamatan dan akses kepada insurans serta penjagaan kesihatan di hospital swasta kepada semua rakyat Malaysia,” katanya dalam majlis perasmian kad faedah Axxess di sini hari ini.


Yang turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif, Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu), Datuk Seri Idris Jala; Pengarah Eksekutif Shieldcard, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir dan Ketua Pegawai Eksekutif Shieldcard, Richard Devaraj - UTUSAN ONLINE