Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata pertumbuhan itu didorong oleh kenaikan dalam produk kelengkapan pengangkutan dan pembuatan lain (11.6 peratus), produk peralatan elektrik dan elektronik (6.4 peratus) dan produk petroleum, kimia, getah dan plastik (5.3 peratus)

.

Beliau berkata jumlah pekerja sektor pembuatan pada bulan yang sama ialah 1,085,179 orang, meningkat 1.4 peratus atau 15,179 orang berbanding 1,070,000 orang pada 2018.

“Sementara itu, purata gaji dan upah setiap pekerja adalah RM3.97 juta, menokok 4.1 peratus atau RM158.1 juta pada Mei 2019 berbanding bulan sama pada tahun sebelumnya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Uzir berkata jualan per pekerja naik 5.2 peratus kepada RM64,260 berbanding bulan yang sama pada 2018, manakala purata gaji dan upah setiap pekerja berjumlah RM3,658 pada Mei 2019.

Beliau berkata nilai jualan sektor pembuatan pada Januari hingga Mei 2019 merekodkan pertumbuhan 6.3 peratus kepada RM350.3 bilion berbanding tempoh yang sama pada 2018.

“Bilangan pekerja pada tempoh tersebut meningkat 1.4 peratus kepada 1,085,179 orang, manakala gaji dan upah dibayar mencatatkan pertambahan 5.9 peratus kepada RM20.1 bilion.

“Nilai jualan per pekerja semasa tempoh rujukan itu meningkat 4.9 peratus kepada RM322,789,” katanya. -BERNAMA