Walau bagaimanapun jelasnya, trend tersebut tidak bermakna segmen motosikal berkuasa lebih tinggi tidak menunjukkan petanda positif.

KEIICHI YASUDA dan Tan Hui Jin bersama Honda CB1100 RS yang diperkenalkan kepada media di Shah Alam,

KEIICHI YASUDA dan Tan Hui Jin bersama Honda CB1100 RS yang diperkenalkan kepada media di Shah Alam, Selangor, semalam. - UTUSAN ONLINE/ GAMBAR IHSAN JIREH CONSULT

“Pemantauan kami mendapati trend pengguna di negara ini beralih (upgrade) daripada motosikal berkuasa rendah kepada yang lebih tinggi.

“Justeru, kami kini memberi fokus kepada motosikal berkuasa 150 cc dan ke atas pada tahun ini. Pada masa sama kami terus mahu mengekalkan prestasi baik jualan segmen motosikal mampu milik,” katanya.

Beliau ditemui dalam majlis pengumuman lima strategi utama Boon Siew Honda bagi tahun ini di sini, semalam.

(DARI KIRI) Jeremy Loo, Keiichi Yasuda, Tan Hui Jing, Voon Yin Kong dan Yoshitaka Nakamura menunjukk

(DARI KIRI) Jeremy Loo, Keiichi Yasuda, Tan Hui Jing, Voon Yin Kong dan Yoshitaka Nakamura menunjukkan isyarat bagus selepas memperkenalkan Honda CBR1000RR Fireblade SP di Shah Alam, Selangor, semalam. - UTUSAN ONLINE/ GAMBAR IHSAN JIREH CONSULT

Yang turut hadir ialah pengurusan tertinggi Boon Siew Honda iaitu Pengerusinya, Datuk Seri Tan Hui Jing; Ketua Pegawai Jualan, Voon Yin Kong; Ketua Pegawai Pemasaran dan Perancangan, Yoshitaka Nakamura serta Ketua Pegawai Pentadbiran, Jeremy Loo.

Terdahulu dalam ucapannya, Keiichi menjelaskan, tahun lalu, jualan Boon Siew Honda meningkat sebanyak 28.7 peratus berbanding 121,000 unit berjaya dijual pada 2017.

“Boon Siew Honda merekodkan prestasi jualan cemerlang di mana kira-kira 156,000 unit dijual pada 2018,” ujarnya.

Dalam majlis itu juga, beliau memperkenalkan tiga model baharu iaitu Super Cub C125, CBR1000RR Fireblade SP dan CB1100 RS.

Super Cub C125 dijual pada harga RM13,999 manakala CB1100 RS (RM75,999) dan CBR1000RR Fireblade SP (RM114,999).

Ketiga-tiga model berkenaan bakal berada dalam pasaran tempatan pada minggu depan. - UTUSAN ONLINE