Dalam apa juga bentuk pelaburan, risiko kerugian dapat dikecilkan atau diminimakan.

Caranya ialah dengan mempelajari ilmu perdagangan saham dengan individu yang berpengalaman, mahir dan bertauliah.

Suka atau tidak, hakikatnya jurang perbezaan di antara golongan Bumiputera dengan bukan Bumiputera agak ketara.

Berdasarkan sumber yang dipetik dari Bursa Malaysia-i , golongan Bumiputera yang mempunyai akaun Central Depository System (CDS) adalah sebanyak 26.5 peratus sahaja berbanding bukan Bumiputera, 71. 5 peratus.

Jika dilihat pada polar penduduk di Malaysia, golongan Bumiputera yang teramai iaitu 60 peratus. Seharusnya berdasarkan kepada statistik pola kaum, pembukaan akaun CDS sepatutnya lebih tinggi daripada 26.5 peratus.

Persoalannya, mengapa keadaan ini berlaku?

Jurang perbezaan ini disebabkan oleh beberapa faktor seperti di bawah:

- Perlu meluangkan masa untuk memberi fokus kepada turun-naik pasaran saham

- Perlu ambil tahu perkembangan isu semasa, ekonomi dan pasaran global

-Perlu mendalami dan mempelajari ilmu saham yang mana rata-rata, kos yang dikenakan untuk mengikuti kelas-kelas saham adalah di luar kemampuan

- Perlu persediaan seperti perisian carta, gadget (laptop, telefon pintar), kemudahan internet

-Perlu modal yang mencukupi iaitu wang lebihan yang tidak digunapakai

Sebagai Cikgu Saham yang berpengalaman lebih 20 tahun, saya menggalakkan orang ramai khususnya golongan Bumiputera, mengambil peluang mempelajari asas-asas pelaburan.

Dan seterusnya melibatkan diri dalam permohonan saham IPO yang kurang berisiko berbanding pembelian saham di pasaran terbuka. - UTUSAN ONLINE