Pengerusi Kumpulan MSM, Datuk Wira Azhar Abdul Hamid berkata, kedua-dua pemain industri tempatan sentiasa terlibat dengan kerajaan untuk menyatakan kebimba­ng­an dan pandangan mereka terhadap permit yang diluluskan untuk dipertimbangkan.

“Sekiranya keadaan ini tidak diurus dengan baik, kita mungkin perlu menggunakan strategi alternatif lain yang akan memberi manfaat positif kepada MSM tanpa mengambil kira kepentingan negara atau kepentingan pengguna Malaysia.

“Satu daripada rayuan yang kami buat dan akan terus dibuat kepada kerajaan adalah keputusan mana yang dibuat dalam industri gula, ia perlu dilakukan secara adil,” kata­nya pada sidang akhbar selepas Mesyuarat Agung Tahunan MSM di sini hari ini.

Yang turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif MSM, Datuk Khairil Anuar Aziz; Ketua Pegawai Kewangan MSM, Ab Aziz Ismail dan Ke­tua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV Hol­d­ings Bhd. Datuk Haris Fadzilah Hassan.

Tampung permintaan

Sementara itu, Azhar berkata, Malaysia mempunyai kapasiti yang mencukupi untuk menampung permintaan domestik negara bagi gula tanpa perlu kerajaan memberikan AP kepada pengeluar makanan dan minuman (F&B) di Sarawak.

Katanya, ketika ini kapasiti pengeluaran MSM adalah berjumlah 2.25 juta tan setahun termasuk kilang penapisan di Tanjung Langsat, Johor.

Beliau berkata, kilang tersebut bagaimanapun hanya menggunakan 30 peratus daripada kapasiti penuhnya memandangkan terdapat lebihan bekalan di pasaran ketika ini.

“Bersama dengan pemain gula lain, Central Sugar Refinery Sdn. Bhd. (CSR), terdapat kapasiti yang mencukupi untuk memenuhi permintaan domestik gula yang dianggarkan sebanyak 1.6 juta tan setiap tahun.

“Bagaimanapun, AP yang dikeluarkan oleh kerajaan mendedahkan pengeluar gula bertapis tempatan kepada lebihan pasaran gula global kerana bekalan berlebihan daripada negara pengeluar seperti Thailand kini beralih ke pasaran Malaysia.

“Kami tidak membebankan kerajaan. Kami berusaha sebaik mungkin untuk melengkapkan objektif kerajaan dan kami memahami hala tuju yang ingin dibawa kerajaan, namun dalam masa sama kami turut mahukan kerajaan memahami dan membantu kami, bukan dengan memberi subsidi ke atas perniagaan kami tetapi memastikan kami dapat memaksimumkan potensi khususnya bagi pasaran gula dalam negara,” tegasnya,

Penawaran harga

Azhar berkata, dari segi penawaran harga, MSM sentiasa mengekalkan harga mengikut apa yang telah ditetapkan kerajaan yang mana ketika ini harga runcit gula bertapis semasa di Malaysia adalah pada RM2.85 bagi setiap kilogram.

Beliau juga sekali lagi menegaskan bahawa pengeluar gula tempatan menjual gula pada kos lebih rendah daripada dilaporkan iaitu RM2.70 per kilogram kepada pelanggan industri di sebalik kos logistik yang tinggi.

Azhar turut memberitahu, MSM mungkin meneroka ali­ran pendapatan yang lain dan pasaran eksport dengan mempelbagaikan produk ber­asaskan gula seperti gula pra campuran, gula cecair serta produk tambah nilai dan produk pemanis yang sihat.

“Ini untuk memenuhi permintaan terutama dalam kalangan pelanggan yang kini semakin mengambil berat soal kesihatan, segmen runcit dan industri,” katanya.

Gula keluaran MSM, Gula Prai merupakan jenama

#1

di Malaysia

Mempunyai

18.6 
juta

pengguna

MSM merupakan satu daripada pengeluar gula bertapis tunggal terbesar 
di Asia

Kapasiti 
pengeluaran 
tahunan

2.25 
juta tan

di tiga kilang penapisan

Pengeluaran

output

964,739 tan

di MSM Prai dan MSM Perlis