iPhone 11 dijual pada harga RM3,399 sebuah untuk memori dalaman 64 gigabit (GB); RM3,599 (128 GB) dan RM4,099 (256 GB) dan boleh didapati dalam enam pilihan warna iaitu putih, hitam, hijau, kuning, ungu dan merah.

Harga iPhone 11 Pro bermula RM4,899 sebuah untuk memori dalaman 64 GB; RM5,599 (256 GB) dan RM6,499 (512 GB) manakala iPhone 11 Pro Max pula dijual pada harga RM5,299 untuk 64 GB; RM5,999 (256 GB) dan RM6,899 (512 GB).

Kedua-dua model didatangkan dengan empat pilihan warna iaitu kelabu, perak, hijau dan emas.

iPhone 11 dioperasikan iOS 13, menggunakan paparan bersaiz 6.1 inci retina cecair definisi tinggi (HD) dan memiliki ciri-ciri seperti cip bionik A13, mera­kam video 4K, pengecaman wajah dan kalis air IP68.

Selain itu, ia memiliki dua sensor kamera 12 megapiksel untuk tangkapan ultra lebar dengan sudut pemandangan 120 darjah. Kamera hadapan juga sebesar 12 megapiksel de­ngan ciri mod potret dan kawalan kedalaman.

Sementara itu, iPhone 11 Pro dan iPhone 11 Pro Max, masing-masing mempunyai paparan bersaiz 5.8 inci dan 6.5 inci serta hadir dengan tiga kamera belakang.

Kedua-dua model tersebut memiliki paparan Super Reti­na XDR, cip bionik A13, kalis air IP68 dan sesuai digunakan bersama pengecas tanpa wayar Qi.

iPhone 11 Pro dan iPhone 11 Pro Max merupakan generasi pertama iPhone yang dilengkapi tiga kamera belakang dengan sensor 12 megapiksel.

Menurut Apple, prestasi ba­teri iPhone 11, Pro dan Pro Max, masing-masing mampu bertahan sehingga satu jam lebih lama berbanding iPhone XR, sehingga empat jam lebih lama daripada iPhone XS dan sehingga lima jam lebih lama berban­ding XS Max.