Pengarahnya, Datuk Seri Lee Kah Choon berkata, pihaknya sudah sudah menghubungi pengurusan kilang-kilang yang didakwa terlibat dan kebanyakannya menafikan kebenaran dakwaan tersebut.

Menurut beliau, kebanyakan kilang itu mempunyai senarai saham tempatan dan luar negara dan laporan tidak tepat mengenainya boleh memberi kesan buruk kepada harga saham dan semangat pekerja kilang terbabit.

Tambah beliau, kilang-kilang terlibat juga sedang mendapatkan nasihat perundangan bagi langkah seterusnya.

“Penstrukturan dalaman pengurusan sumber manusia biasanya dilakukan bagi memenuhi permintaan dan keadaan pasaran semasa.

“Pelaburan dalam sektor perkilangan dan situasi pekerjaan di Pulau Pinang adalah kekal stabil yang mana 98 peratus daripada populasi pekerja di negeri ini mempunyai pekerjaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sebelum ini, Timban Presiden Gerakan, Oh Tong Keong mempersoalkan usaha yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang berikutan dakwaan beberapa buah kilang di negeri ini akan menutup, memindahkan dan mengecilkan operasi masing-masing seperti yang tular di media sosial.

Dalam pada itu, Kah Choon menasihatkan orang awam supaya tidak menyebarkan berita palsu berkaitan operasi kilang berkenaan kerana merupakan kesalahan di bawah Akta Anti Berita Tidak Benar 2018 yang boleh menyebabkan denda sehingga RM500,000 atau penjara sehingga enam tahun atau kedua-duanya sekali. - UTUSAN ONLINE