Dalam kenyataan hari ini, syarikat itu berkata, IOGSB menerima kontrak dua tahun berkuat kuasa 16 Ogos 2019 dengan tarikh kontrak bermula pada 17 Ogos 2019.

Ia berkata, anugerah itu dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan dan aset bersih Ikon bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2019 dan tahun-tahun berikutnya.

“Kami berharap mendapat lebih banyak kontrak menerusi perkhidmatan tambah nilai kepada pelanggan dan pasaran kami.

“Kontrak diraih seperti ini terus memperkukuhkan kedudukan syarikat sebagai penyedia kapal sokongan luar pesisir terbesar di Malaysia,” kata Pengarah Urusan Ikon, Datuk Seri Hadian Hashim.

Sehingga kini, syarikat itu memperoleh lapan kontrak bernilai RM174 juta termasuk tempoh lanjutan. - BERNAMA