Naib Presidennya, Hanisofian Alias berkata, sasaran itu disokong menerusi peningkatan eksport dalam produk tambah nilai dengan India sebagai negara tumpuan baharu.

“India yang berpotensi menjadi pasaran baharu sedang memperluaskan pasaran halal sendiri

HANISOFIAN ALIAS
HANISOFIAN ALIAS 

dan memerlukan produk sawit iaitu oleokimia,” kata­nya kepada pemberita semasa pelancaran

Persidangan Halal Dunia 2019 hari ini.

Menurut beliau, memandang­kan inventori minyak sawit Malaysia kini tinggi sebanyak 3.05 juta tan metrik maka permintaan oleh India dapat membantu mengurangkannya.

“Untuk mencapai sasaran itu (nilai eksport RM50 bilion) sangat mencabar memandang­kan ketika ini minyak sawit berdepan sentimen negatif oleh Kesatuan Eropah (EU) selain saingan daripada minyak soya.

“Indonesia juga menghadapi tahap inventori yang lebih tinggi mendorong negara itu menjual produk pada harga yang murah sekali gus meletakkan minyak sawit pada kedudukan yang sukar,” katanya.

Sementara itu, Hanisofian berkata, HDC akan menganjur Persidangan Halal Dunia ke-11 2019 (WHC 2019) pada 3 dan 4 April depan.

 

Bertemakan Membina Ekonomi Halal yang Kukuh: Integrasi Global dan Amalan Etika, persidangan dua hari itu akan meneroka peluang dan cabaran yang dihadapi industri halal menerusi siri wacana yang bertujuan untuk mengintegrasi kemajuan teknologi, tadbir urus etika dan pasaran pesat memba­ngun.

Agensi di bawah Kementerian Hal Ehwal Ekonomi itu mengumumkan jumlah nilai eksport halal bagi tahun lepas merosot 7.6 peratus kepada RM40 bilion daripada RM43 bilion yang dicatatkan pada 2017.

Hanisofian berkata, sektor halal mengalami kemerosotan eksport dalam semua kluster kecuali kosmetik dan penjagaan diri.

Secara keseluruhannya, pe­ngurangan dalam eksport halal tahun lepas sebahagian besarnya disumbangkan oleh dua kelompok halal iaitu penurunan 50 peratus minyak sawit da­ri­pada RM3.6 bilion pada tahun sebelumnya dan penurunan bahan kimia industri sebanyak 36.7 peratus kepada RM357.77 juta pada 2018 daripada RM563.54 juta sebelumnya.

Pengimport utama produk halal Malaysia adalah Singapura dengan nilai RM4.6 bilion di­ikuti oleh China (RM4.5 bilion), Jepun (RM2.5 bilion), Amerika Syarikat (RM2.4 bilion) dan Indonesia (RM1.9 bilion). – BERNAMA