.

Sebagai pengerusi, beliau akan menjalankan peranan penting dalam meningkatkan agenda halal di Malaysia, sambil menumpukan kepada kehadiran kukuh di peringkat antarabangsa, kata HDC dalam kenyataan.

“Ini termasuk menambah baik profil negara sebagai pengeluar utama produk dan perkhidmatan halal dunia selain menjadikan Malaysia sebagai destinasi pilihan bagi perniagaan halal,” katanya.

Menurut HDC, dengan pengalaman melebihi 30 tahun dalam sektor korporat, Mahmud mempunyai rekod cemerlang dalam peranan kepimpinan.

Portfolio beliau termasuk berkhidmat sebagai Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Central Spectrum (M) Sdn Bhd, anak syarikat Kumpulan Darul Ehsan Bhd, Pengarah Projek UEM Land Bhd, Pengarah Urusan, Projek Alliance Sdn Bhd dan Pengurus Besar Enstek Industrial Park.

Baru-baru ini beliau turut berkhidmat sebagai CEO syarikat tersenarai awam Knowledge Economic City (KEC) di Madinah, Arab Saudi. Pencapaian utamanya dalam kerjaya termasuk membantu meningkatkan peningkatan Central Spectrum dengan membangunkan cabang halal di negeri itu. - BERNAMA