Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MSM, Datuk Khairil Anuar Aziz berkata, ia berikutan beberapa faktor terutama pengurangan dalam harga jualan purata (ASP) bagi gula bertapis, peningkatan kos bahan mentah berikutan nilai ringgit yang rendah, persaingan sengit dalam pasaran di samping kos melibatkan kilang penapisan MSM di Johor.

Katanya, pada separuh pertama 2019, MSM merekodkan pengurangan dalam ASP sebanyak sembilan peratus dan 13 peratus bagi sektor domestik dan industri yang berpunca daripada lambakan bekalan gula.

“Ini adalah kesan daripada pengeluaran Permit Import (AP) baharu dalam sektor perindustrian yang mengakibatkan berlakunya persaingan harga.

“Sementara itu, persaingan tinggi dalam pasaran eksport turut menyumbang kepada pengurangan sebanyak tiga peratus dan 21 peratus dalam keseluruhan ASP dan jumlah jualans,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE