Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub berkata, malah kini terdapat air minuman dan kordial yang dihasilkan daripada Harumanis.

“Jadi ini merupakan antara langkah diambil kita bagi memastikan setiap kali penghasilan Harumanis dapat dipasarkan sekali gus dapat membantu para petani dapat menikmati pada harga munasabah.

“Saya gembira bila diberitahu Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) telah membeli buah ini di ladang gred A dgn harga RM21 dan saya merasakan ia dapat memuaskan hati sebahagian besar pengusaha,” katanya.

Beliau berkata demikian katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Berbuka Puasa Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan Pelancaran ‘Kempen Berbuka dan Bersahur Dengan Harumanis’ di sini hari ini.

Mengulas kempen itu, Salahuddin berkata, ia merupakan antara satu inisiatif membantu para petani di dalam memasarkan produk itu khususnya ketika waktu musim pengeluarannya pada bulan Ramadan.

Katanya, ia juga diambil bagi membantu para petani memasarkan produk itu sekali gus bagi mengelakkan berlakunya lambakan di pasaran.-UTUSAN ONLINE