Pengarah Urusannya, Kuan Mun Leong berkata, pada masa ini AS menyumbang 54 peratus jumlah jualannya menjelang akhir tahun kewangan 2019 berakhir pada 31 Mac.

"AS adalah pasaran utama kami, dengan 90 peratus daripadanya disumbangkan oleh sarung tangan perubatan.

"Kami menjangkakan ia kekal kukuh untuk tahun-tahun akan datang, walaupun isu perdagangan berlarutan," katanya pada Mesyuarat Agung Tahunan syarikat itu di sini hari ini.

Tambah Mun Leong, selain AS, syarikat juga mengeksport produknya ke Eropah (25 peratus), Asia Pasifik (18 peratus) dan Amerika Selatan (tiga peratus).

"Kami juga sedang mencari pasaran baharu bagi mengukuhkan perniagaan kami," katanya. - BERNAMA