Syarikat itu membuat kemunculan pertama di dalam Pasaran Platform Pemecut Usahawan Utama (LEAP) hari ini dengan mencatat premium empat sen berbanding tawaran awam permulaan (IPO) sebanyak 24 sen sesaham dengan 110,000 unit saling berpindah tangan.

CE Technology mengeluarkan dan mengeksport sarung tangan nitril dan lateks untuk industri elektronik dan sains hayat mewah yang memerlukan perlindungan bahaya kimia dan mikrobiologi tambahan.

Syarikat dilaporkan merancang untuk mengumpul sebanyak RM12.48 juta daripada IPO itu dan sejurus disenaraikan, ia dijangka mempunyai modal pasaran sebanyak RM83.10 juta.

Pada penutupan hari ini, saham syarikat meningkat lima sen kepada 29 sen, dengan 220,000 saham bertukar tangan. - BERNAMA