Ketua Pegawai Eksekutif GPB., Datuk Ahmad Nadzarudin Abdul Razak

Keputusan kewangan syarikat mencatatkan momentum keuntungan memberangsangkan apabila mencatat keuntungan lapan suku berturut-turut sejak suku ketiga pada tahun 2017.

Syarikat pembalakan itu turut mengumumkan pendapatan syarikat suku kedua berakhir Jun 2019 yang berjumlah RM15.40 juta.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Ahmad Nadzarudin Abdul Razak berkata, keputusan kewangan GPB meningkat kepada RM0.26 juta berbanding RM0.13 juta pada suku serupa tahun lalu.

" Mengenai prospek, kumpulan GPB mensasarkan keputusan kewangan lebih baik pada suku hadapan tahun ini meskipun ada peningkatan kos operasi dan peraturan baharu yang ketat oleh Jabatan Perhutanan.

"Manakala segmen kaca masih lagi perlahan berikutan penurunan permintaan dalam sektor pembinaan," katanya di sini.

Ahmad Nadzarudin memberitahu, kumpulan itu menjangkakan operasi venir akan mula menjana keuntungan kepada pendapatan syarikat apabila anak syarikatnya telah memasuki Perjanjian Tahap Perkhidmatan dengan pihak luar bagi meningkatkan kapasiti penghasilan venir kering. - UTUSAN ONLINE