Ketua Pegawai Eksekutif Gibraltar BSN, Rangam Bir berkata, kemajuan teknologi telah membawa kepada perubahan dalam tata laku pengguna, sambil menambah syarikat merupakan syarikat insurans pertama di Malaysia yang memberikan tindakan segera dan kemudahan kepada pelanggannya dengan memanfaatkan WhatsApp.

“Pelanggan boleh mendapat polisi insurans mereka dengan mudah pada bila-bila masa yang mereka mahu, mendapat jawapan kepada pertanyaan mereka dengan segera 24-7 atau memuat turun dokumen tuntutan.

“Dengan kadar penembusan Internet sebanyak 86 peratus di Malaysia, Gibraltar BSN melihat peluang yang banyak untuk menggunakan penyelesaian digital yang boleh meningkatkan lagi tahap libat urus dan pengalaman pelanggan,” katanya dalam kenyataan di sini. - UTUSAN ONLINE