Pengarah Urusannya, Cheah Ham Cheia berkata, kumpulan itu berkata nilai tender semasanya terdiri daripada 12 projek di Lembah Klang seperti bangunan untuk kediaman, pembangunan bercampur, hotel, kilang dan galeri jualan.

Katanya, GDB telah melonjakkan prospeknya pada tahun kewangan berakhir 31 Disember 2019 dengan rekod yang kukuh bagi penyelesaian kerja-kerja yang lebih awal daripada jadual dan penarafan berkualiti tinggi.

“Tahun kewangan semasa menyaksikan peningkatan secara beransur-ansur dalam aktiviti tender pembinaan pelbagai bangunan, mencerminkan pulihnya sentimen pemilik projek di sektor ini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tambah Ham Cheia, rekod konsisten kumpulan itu dalam menyiapkan projek lebih awal daripada jadual juga telah meletakkan GDB pada kedudukan yang istimewa bagi mendapatkan projek baharu.

“Kami terus giat mendapatkan kontrak baharu dalam usaha untuk meningkatkan nilai perolehan kontrak sebanyak RM619.1 juta pada akhir Mac 2019. Nilai perolehan kontrak kumpulan akan bertahan sehingga tahun kewangan berakhir 31 Disember 2021,” katanya. - BERNAMA