Menurut ETNews, berbanding butang fizikal, pengguna hanya perlu tekan pada kawasan kapasitif yang dijangka berada di lokasi sama di tepi atas sisi telefon.

Katanya, jika laporan itu benar, tidak akan terkejut jika butang Bixby juga bakal diganti susulan Samsung ketika ini ke arah imej tanpa butang (keyless).

“Samsung juga berpotensi menukar butang fizikal dengan capacitive pads pada beberapa lagi barisan produk seperti siri Galaxy A,” katanya di sini.

Tidak ada maklumat tentang di mana atau bila telefon itu akan diperkenalkan kepada pengguna, tetapi ia menunjukkan khabar angin itu tidak datang sepenuhnya tanpa sengaja.

Bagaimanapun, Samsung bukanlah pemain industri pertama yang bakal menawarkan pe­ngalaman tanpa butang itu.

Ini kerana, the Meizu Zero, telefon pintar futuristik telah memperkenalkan ciri berke­naan pada awal 2019, bukan sahaja tiada butang malah tiada port mengecas mahupun headphone.

Malah, telefon lain juga telah melakukan ujian dengan capacitive pads berkenaan. – AGENSI