Pengarah Urusan, Sime Darby Auto ConneXion, Syed Ahmad Muzri Syed Faiz, berkata, mo­del Ford Ranger dengan konsep Built Ford Tough terus menjadi pilihan pelanggan di seluruh negara dan menempa kecemerlangan di dalam pasaran.

Katanya, jualan Ranger me­ningkat dengan stabil kerana ia berjaya menarik minat ramai pelanggan yang mahukan sebuah kenderaan yang sesuai untuk kegunaan kerja dan juga santai.

“Kami yakin momentum penjualan Ford Ranger akan berterusan di Malaysia dan kami terus komited dalam ­usaha meningkatkan mutu khidmat pelanggan dan juga kualiti pe­ngalaman pemilikan,” kata Muzri.

Tambah beliau, Ford Ranger juga telah dinobatkan sebagai Trak Pikap Terbaik Malaysia 2019 di Frost & Sullivan Asia Pacific Best Practices Awards.

“Ia membuktikan Ford Ranger sememangnya penanda aras industri bagi trak pikap, me­ngatasi pencabarnya yang lain berdasarkan kriteria-kriteria anugerah tersebut yang turut termasuk peningkatan dalam pegangan pasaran, strategi pemasaran, ciri-ciri penjualan dan kelebihan kompetitif utama,” katanya.

Selain itu katanya, Anugerah Frost & Sullivan yang diterima merupakan pengiktirafan terbaharu selepas meraih beberapa anugerah besar yang lain sebelum ini.

Ia termasuklah Trak Pikap Terbaik Malaysia 2019 oleh Cars of Malaysia Awards, Trak Pikap Terbaik oleh DSF.my Allianz Vehicle of the Year (VOTY) Award 2019, Trak Pikap Terbaik Tahun 2018 oleh Malaysia Car Of The Year (COTY), Anugerah Emas untuk Pikap Terbaik 2018 bagi People’s Choice Awards dan Editor’s Choice Award daripada Carlist.my, serta Trak Pikap Terbaik Pilihan Editor 2018 ­daripada TopGear Chinese.