Pengarah Urusannya, Datuk Richard Wong berkata, penyumbang utama adalah daripada pembangunan hartanah dan bahagian pembinaan dengan siapnya pembangunan perumahan bertanah [email protected] Putra di Sungai Buloh menjelang akhir 2019.

“Segmen lain yang memaparkan prestasi kukuh termasuk projek infrastruktur air, perkhidmatan bomba serta bahagian tenaga diperbaharui dan sisa kepada tenaga,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat agung tahunan kumpulan itu di sini hari ini.

Wong berkata, kumpulan menyasarkan untuk melancarkan fasa akan datang, [email protected] Putra pada separuh kedua 2019 untuk memenuhi permintaan kukuh terhadap rumah mampu milik.

Sementara itu, beliau berkata, peningkatan jumlah projek infrastruktur air membayangkan prospek lebih baik bagi bahagian paip Hypro PVC-O Fitters berikutan kumpulan terus menerima lebih banyak tempahan yang akan membuatkan pihaknya sibuk sepanjang tahun ini. - BERNAMA