Menurut FGV, ia sebahagian besarnya disebabkan rosot nilai dan peruntukan berjumlah RM1.04 bilion.

“Prestasi FGV terkesan dengan harga minyak sawit mentah (MSM) pada harga purata RM2,053 setiap tan metrik (MT) pada suku disemak, 24.6 peratus lebih rendah berbanding RM2,723 MT (suku keempat 2017),” katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE