Jelas Felda, antara pembekal dan kontraktor yang terjejas ialah mereka yang terlibat dengan pembekalan dan kerja-kerja berkaitan operasi kebun peneroka Felda seperti kerja tuai dan angkut.

Menurut agensi itu lagi, bayaran tersebut akan dilaksanakan secara berperingkat bermula minggu depan.

“Felda mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Kewangan dan Kementerian Hal Ehwal Ekonomi atas pinjaman kewangan sebanyak RM500 juta untuk melunaskan tunggakan bayaran bagi tahun 2018 kepada pembekal dan kontraktor Felda.

“Diharapkan pembayaran tunggakan ini akan melancarkan operasi kebun peneroka dan dapat memaksimumkan hasil serta pendapatan mereka,” jelas Felda dalam kenyataan di sini hari ini.

Felda juga memaklumkan sedang melaksanakan beberapa inisiatif transformasi untuk memulihkan aliran tunainya bagi memastikan kelewatan bayaran tidak berlaku pada masa hadapan.-UTUSAN ONLINE