Pengerusi Eco World Development Group Bhd. (Eco World), Tan Sri Liew Kee Sin berkata, pasukannya bekerja keras bagi memastikan projek pembangunan tersebut dapat disiapkan dalam masa yang ditetapkan.

“Kerja-kerja di tapak pembangunan seluas 7.85 hektar itu kini berjalan lancar dengan fasa pertama kini telah mencapai 25 peratus setakat ini,” katanya pada sesi taklimat mengenai projek pembangunan BBCC di sini hari ini.

Yang turut hadir Menteri Wilayah, Khalid Abdul Samad; Ketua Pegawai Eksekutif BBCC Development Sdn. Bhd., Low Thiam Chin dan Ahli Parlimen Bukit Bintang, Fong Kui Lun. - UTUSAN ONLINE