Empat pengarah dibicarakan di bawah seksyen 137 (1) Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 (FSA) dan seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (AMLA),

Menurut Bank Negara Malaysia (BNM), Hakim Mahkamah Sesyen menjatuhkan hukuman bagi pertuduhan di bawah seksyen 137(1) FSA dan di bawah seksyen 4(1) AMLA.

“Bagi FSA, MGSB Berhad didenda RM5 juta, sementara pengarah-pengarahnya, Hisyamuddin Che Ali dan Ahmad Zalimi Mohd Ali masing-masing dihukum penjara dua tahun dan denda RM1 juta (enam bulan penjara jika gagal membayar denda) dan Halimatun Saadiah Che Omar dihukum penjara selama satu tahun dan denda RM1 juta (enam bulan penjara jika gagal membayar denda).

“Untuk AMLA. MGSB didenda sebanyak RM288 juta, sementara pengarah-pengarahnya, Ahmad Zalimi Mohd Ali, Halimatun Saadiah Che Omar dan Nur Ain Aliana Mat Azmi masing-masing dihukum penjara dua tahun bagi setiap tiga pertuduhan dan denda sebanyak RM288 juta (satu tahun penjara jika gagal membayar denda), Hisyamuddin Che Ali dijatuhi hukuman penjara dua tahun bagi setiap lima pertuduhan dan denda sebanyak RM298 juta (satu tahun penjara jika gagal membayar denda),” katanya dalam kenyataan di sini.

Kesalahan di bawah FSA dan AMLA akan dijalankan secara berasingan. - UTUSAN ONLINE