Chong Yok Fong, 52, yang lebih dikenali sebagai Tina Chong atau ‘Musang Queen’ berkata, pengeluaran durian Musang King diusahakannya meningkat berbanding tahun lalu.

Katanya, perminataan terhadap buah itu daripada pemboroang dan orang meningkat meningkat sejak bermula musim tersebut dua minggu lalu.

“Bagaimanapun, saya lebih mengutamakan pemborong durian Musang King dari Raub, Pahang dahulu yang akan mengeksport buah itu ke China dan Hong Kong.

“Dusun durian saya mampu mengeluarkan 4,000 biji musim kali ini daripada lebih 500 pokok, berbanding tahun lalu hanya 3,000 biji sahaja,” katanya.

TINA CHONG menunjukkan buah durian Musang King yang diusahakannya. - UTUSAN ONLINE
TINA CHONG menunjukkan buah durian Musang King yang diusahakannya. - UTUSAN ONLINE 

Menurut Tina, harga pasaran eksport durian Musang King ke luar negara melonjak melebihi RM100 sekilogram.

Katanya, pada tahun ini juga dia menjual durian bagi pasaran tempatan bermula daripada RM30 sehingga RM50 sekilogram.

“Biarpun mendapat persaingan tetapi perkara itu tidak sedikitpun menjejaskan pendapatannya. Saya mula mengusahakan dusun durian seluas 10 hektar ini sejak lebih 20 tahun lalu.

“Boleh dikatakan setiap hari pelancong dari dalam dan luar negara akan datang ke kebun untuk membeli dan makan durian termasuk pelancong dari Hong Kong,” katanya.

ADIK Tina, Chong Lip Meng, menunjukkan buah durian Musang King untuk pasaran eksport
ADIK Tina, Chong Lip Meng, menunjukkan  buah durian Musang King untuk pasaran eksport ke negara China  dan Hong Kong. - UTUSAN ONLINE

Katanya, durian musang king ditanamnya istimewa berbanding durian lain apabila bijinya kecil, isi tebal, berbau harum serta mempunyai rasa pahit dan manis.

“Saya telah mengupah enam orang pekerja untuk urusan menjaga kebun durian setiap hari serta dibantu oleh adik-beradik lain.

“Selain itu, saya turut membuka gerai berhampiran rumah di Kampung Batu Papan 2 dan pelanggan boleh datang sendiri untuk memilih serta merasai keenakan durian Musang King dalam suasana dusun durian,” katanya. - UTUSAN ONLINE