Eh Eh Bazaar sememangnya berpengalaman mengadakan lebih dari 50 bazar dengan penyertaan antara 2,500 hingga 3,000 usahawan online termasuk kejayaan Festival Raya 2015 juga di PICC.

Pada tahun ini bazar Hari Raya itu akan berlangsung pada 25 hingga 26 Mei bertempat di Perdana Hall, PICC dengan objektif menjadi pusat jualan raya bagi seisi keluarga – ayah, ibu dan anak-anak selain menggalakkan aktiviti keusahawanan dengan lebih 200 usahawan berniaga di bawah satu bumbung.

bazar raya
Kaum wanita rambang memilih kain pelbagai corak dan warna pada Festival Raya 2015.

Penganjuran itu akan diadakan dengan kerjasama strategik PKNS Bizpoint dalam usaha menggalakkan usahawan di bawah PKNS Bizpoint yang juga ahli Bizclub bersama-sama menyertai jualan raya di tempat yang bertaraf antarabangsa.

Bantuan subsidi yang diberikan kepada ahli Bizclub akan memastikan usahawan terbabit dapat meningkatkan keuntungan dari jualan dengan pengurangan kos gerai sebanyak 40 peratus.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Eh Eh Bazaar, Iffah Zaimi, penganjuran Mega Raya Eid 2019 akan menjadi satu acara raya terbesar di Putrajaya dengan pelbagai aktiviti yang menawarkan banyak hadiah yang menarik.

Katanya, terdapat juga beberapa pertandingan pra-Mega Raya Eid akan berlangsung di Facebook Eh Eh Bazaar dengan duit raya sebagai hadiah utama.

bazar raya
Para pengunjung teruja membeli barangan keperluan pada Festival Hari Raya anjuran Eh Eh Bazaar.

“Dengan lebih 200 usahawan yang akan menawarkan bukan sahaja produk Hari Raya untuk para ibu, namun, terdapat banyak juga jenama yang dipanggil untuk memberi fokus kepada pada ayah dan anak-anak atau keluarga.

“Ini kerana kebanyakan jualan raya tertumpu hanya kepada produk fesyen Muslimah sahaja. Lazimnya, pengunjung terpaksa pergi ke beberapa kawasan lain untuk membeli barangan untuk kaum bapa dan anak-anak.

Oleh itu katanya, Mega Raya Eid 2019 sangat bersesuaian dengan konsep yang dipilih tahun ini iaitu – Festival Raya Famili terbesar!

Iffah menambah, dengan harga serendah RM1,300 untuk sebuah gerai, pada usahawan yang berminat berpeluang menempah untuk dua hari berniaga dengan pelbagai kelengkapan dan kemudahan yang akan turut disediakan.

"Pihak kami menyediakan lokasi berniaga paling strategik dengan pendingin hawa, kemudahan meletak kenderaan percuma tanpa perlu bersesak selain gerai yang lengkap dengan meja dan kerusi. Saya rasa, harga gerai yang kami tawarkan begitu rendah berbanding lokasi yang sangat gah dan bertaraf dunia.

"Ini adalah pelaburan terbaik bagi meletak perniagaan online anda ke tahap jauh lebih baik," katanya.

Sesiapa yang berminat bolehlah menghubungi 011-11407854 untuk keterangan lanjut atau menempah gerai. - UTUSAN ONLINE