Pengurus Besar Dunkin’ Donuts Group, Jesrina Liew berkata, tidak dapat dinafikan bahawa ramai juga pelanggan yang gemar mencari maklumat serta promosi dalam talian sebelum membeli di premis makanan.

Katanya, pasaran dalam talian seperti Shopee dengan taktik pemasaran inovatif dan agresif mereka seperti kempen 7.7 Orange Madness dan 9.9 Super Shopping Day boleh membawa manfaat dan melengkapi perkhidmatan di cawangan Dunkin’ Donuts.

“Mengambil contoh Kempen Super 9.9 Shopee, kami menganggarkan bahawa pe­ngunjung platform tersebut akan meningkat sebanyak empat kali ganda dan berharap bahawa kempen tersebut boleh memanfaatkan promosi donat RM0.99 serta diskaun pembelian minuman dan barangan kami.

“Sejak melancarkan kedai dalam talian di Shopee pada 26 Jun 2019, Dunkin’ Donuts te­lah menjual lebih 5,000 donat dalam talian sepanjang kempen 7.7 Orange Madness dan 9.9 Super Shopping Day yang akan berakhir pada 9 September,” katanya dalam kenyataan di sini.

Baucar 9-donut Dunkin’ Donut habis dijual dalam masa tiga hari, menjana peningkatan 1.6 kali daripada kempen sebelumnya.

Perjalanan e-dagang Dunkin’ Donuts bermula pada September tahun lepas, apabila kumpulan mula melancarkan kedai dalam talian.

Dunkin’ Donuts kemudian bekerjasama dengan syarikat teknologi penghantaran makanan dan minuman dalam talian seperti Foodpanda dan Grab untuk menambah baik pengalaman perkhidmatan pelanggan.

Mulai sekarang hingga 9 September, promosi 9.9 Super Shopping Day akan menampilkan diskaun sehingga 90 peratus dan tawaran harian dari serendah RM1 dalam jualan Shocking Sale dan permainan One Or Not.

Pengguna juga akan dapat menikmati penghantaran percuma dengan perbelanjaan minimum sebanyak RM9.