Pengasasnya, Hui Yik Seong berkata, perkhidmatan yang ditawarkan adalah 100 peratus percuma malah untuk me­ngurangkan beban peminjam, Direct Lending menawarkan rebat tunai kepada peminjam.

Katanya, sehingga hari ini lebih RM300,000 rebat tunai telah diberikan dan Direct Lending juga menawarkan 90 peratus kadar kelulusan pinjaman apabila permohonan dihantar kepada pemberi pinjaman untuk diproses.

“Direct Lending baru-baru ini menerima geran bernilai RM300,000 daripada Cradle Fund Sdn. Bhd., agensi kerajaan yang telah memperoleh mandat untuk memberikan dana kepada syarikat baharu berasaskan teknologi yang mempunyai potensi serta kaliber yang tinggi menerusi Program Pelaburan Cradle (CIP300).

“Kami bercadang menggunakan dana CIP300 untuk mengukuhkan kemampuan beroperasi dan menggerakkan kerja pemasaran syarikat supaya menjadi platform pilihan utama untuk individu yang bekerja keras dalam mendapatkan pinjaman peribadi untuk bantu mereka memperoleh dana kecemasan atau mereali­sasikan impian dengan cara selamat,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Direct Lending adalah sebuah platform pinjaman peribadi dalam talian di Malaysia yang membolehkan peminjam yang tidak meme­nuhi syarat pinjaman bank untuk membuat pencarian, perbandingan, permohonan dan kelulusan bantuan kewangan yang sesuai dengan mereka secara cepat, mudah, selamat dan berpatutan.

Pembiayaan di platform Direct Lending adalah ditawarkan oleh institusi kewangan yang diiktiraf, badan koperasi serta syarikat pinjaman, direka khas untuk kakitangan kerajaan dan swasta.

Rakan niaga pertama Direct Lending adalah RCE Marketing Sdn. Bhd., anak syarikat milik penuh RCE Capital Berhad yang disenaraikan di Bursa Malaysia.

Selain daripada geran sebanyak RM300,000, Cradle turut menawarkan perkhidmatan yang memanfaatkan seperti bantuan nilai tambahan seperti program bimbingan dan pemantauan, program latihan dalaman dan mengambil bahagian dalam acara perniagaan serta rangkaian di bawah Cradle.