Presiden Transformasi Struktur Revolusi Industri Keempat, Aaron Ting berkata, AI dengan gabungan pembelajaran ­mesin dalam penilaian hartanah ­berpotensi untuk mengubah landskap industri.

Menurutnya, chatbot banyak digunakan dalam sektor per­khidmatan kewangan yang mana terdapat hubungan rapat antara teknologi kewangan (fintech) dan teknologi hartanah (proptech).

“Inovasi dalam fintech biasanya mempunyai aplikasi untuk hartanah. Memandangkan komitmen kewangan diperlukan untuk pembelian hartanah, maka terdapat kemungkinan penasihat maya hartanah akan berkembang sebagai pelengkap kepada ejen dan ­broker.

“Oleh itu, AI akan mengautomasikan beban kerja mekanikal bagi ejen dan broker di sam­ping menjana petunjuk yang membolehkan mereka memberi tumpuan kepada tugas-tugas lebih strategik,” kata­nya dalam kenyataan di sini baru-baru ini.

Tambah Ting, antara kegunaan AI kepada ejen se­perti me­nyampaikan pandangan melalui perbandingan masa sebenar dengan penyenaraian dan set data yang lain.

Katanya, ejen boleh me­nyempurnakan tawaran mereka dengan merujuk kepada penanda aras pasaran melalui panda­ngan yang telah diberikan.

“Ini bukan lagi kemungkinan, tetapi reali­ti yang ­sedang berlaku kerana pemain proptech seperti PropertyGuru telah memper­kenalkan ciri Pan­dangan Prestasi Penyenaraian,” katanya.

Katanya, semakin banyak pemaju, pelabur dan pemegang amanah dalam industri hartanah kini menuju ke arah proptech bagi membezakan portfolio.

“Malah pelaburan global dalam syarikat permulaan proptech pada separuh pertama 2019 berjumlah AS$12.9 bilion (RM54.09 bilion). Di rantau Asia pula, inovasi dalam Augmented Reality (AR) mengubah cara mencari rumah dan kemajuan dalam proptech berpotensi mengubah cara perniagaan hartanah dijalankan di Malaysia,” ujarnya.