Pada rehat tengah hari, indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI)naik 3.61 mata kepada 1,619.63, selepas bergerak turun naik antara 1,613.27 dan 1,620.22 sepanjang sesi dagangan pagi.

FBM KLCI dibuka 2.72 lebih rendah pada 1,613.3.

Di pasaran meluas, kaunter untung mengatasi kaunter rugi iaitu sebanyak 397 berbanding 283, manakala 344 kaunter tidak berubah, 880 tidak diniagakan dan 18 lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 1.10 bilion saham bernilai RM682.29 juta.

Malacca Securities Sdn. Bhd. berkata, indeks utama yang berjaya mencatatkan pemulihan memberangsangkan semalam telah membantu ia menyesuaikan dengan keadaan terlebih jual, didorong oleh aktiviti belian semasa harga rendah yang sederhana, malah walaupun terus dalam keadaan berhati-hati.

“Memasuki hari terakhir dagangan pada minggu ini, kami menyaksikan pemulihan berterusan untuk membolehkan indeks utama mengakhiri minggu ini pada kedudukan positif.

“Seperti sedia maklum, kedudukan indeks pasaran global telah menunjukkan tanda stabil yang akan diperluaskan kepada ekuiti Malaysia dan berpotensi meningkatkan aktiviti belian semasa harga rendah selepas FBM KLCI mengalami keadaan terlebih jual,” katanya. - BERNAMA