Pada 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 0.82 peratus atau 13.33 mata kepada 1,613.43, selepas turun naik antara 1,611.83 dan 1,621.68 sepanjang sesi dagangan pagi.

FBM KLCI dibuka 5.64 mata lebih rendah pada 1,621.12.

Di Bursa Malaysia, kedudukan pasaran secara keseluruhannya kekal negatif dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung iaitu sebanyak 757 berbanding 108, manakala 264 kaunter tidak berubah, 758 tidak diniagakan dan 18 lagi digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 1.46 bilion saham bernilai RM761.09 juta.

Di peringkat serantau, Indeks Straits Times Singapura merosot 1.84 peratus kepada 3,201.24, Indeks Hang Seng Hong Kong turun 2.89 peratus kepada 26,140.72 dan Indeks Nikkei 225 Jepun susut 2.30 peratus kepada 20,602.41.

Rakutan Trade berkata pasaran ekuiti kekal turun naik disebabkan pertikaian perdagangan yang sedang berlaku antara China dan AS.

Berikutan tindakan Presiden AS Donald Trump mengenakan lebih banyak tarif, China telah memberi amaran akan kemungkinan mengambil tindakan serupa, katanya.

“Namun, kami berpandangan pelabur akan membiasakan diri dengan situasi itu di masa depan dan pasaran ekuiti akan mendapat keseimbangan dan kestabilan. Belian dilakukan berdasarkan kelemahan itu dengan tumpuan kepada kaunter berkaitan indeks seperti bank, yang dijual rendah akhir-akhir ini,” kata Rakuten Trade dalam nota hari ini. - BERNAMA