Pada 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 3.13 mata kepada 1,654.40 selepas di tutup pada 1,657.53 semalam.

Penganalisis ekuiti berkata, Presiden Donald Trump merancang mengenakan tarif ke atas US$325 bilion tambahan barangan China sekiranya perbincangan perdagangan itu tidak menjadi kenyataan pada Selasa. Namun US juga akan berhadapan sekatan China.

Indeks penanda aras yang dibuka 0.27 mata lebih tinggi kepada 1,657.50, bergerak antara 1,654.03 dan 1,659.94 di sepanjang dagangan pagi.

Kedudukan pasaran negatif dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 432 berbanding 231, manakala 379 kaunter tidak berubah, 849 tidak diniagakan dan 21 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 1.56 bilion saham bernilai RM811.78 juta. - BERNAMA