Petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia (FBM KLCI) ditutup 0.49 peratus atau 7.88 mata lebih tinggi kepada 1,602.47 selepas mencecah paras tertinggi harian pada 1,605.53.

Petunjuk pasaran utama itu dibuka 1.67 mata lebih tinggi kepada 1,597.26.

Bagaimanapun, suasana pasaran cenderung kepada negatif apabila kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 401 berbanding 382, dengan 430 kaunter tidak berubah, 746 tidak diniagakan dan 14 yang lain digantung. -BERNAMA