Pada 9.05 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 4.46 mata kepada 1,605.81 selepas dibuka naik 2.91 mata kepada 1,604.26.

Indeks penanda aras itu meningkat 3.03 mata kepada 1,601.35 sewaktu ditutup semalam.

Kaunter untung mengatasi rugi iaitu 134 berbanding 79 manakala 141 kaunter tidak berubah, 1,588 tidak diniagakan dan 24 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 75.11 juta bernilai RM23.58 juta.

Sementara itu, Malacca Securities Sdn. Bhd. berkata walaupun indeks saham utama mencatat keuntungan pada Isnin, persekitaran pasaran secara keseluruhannya kekal tidak menentu dengan penyertaan pasaran kian lemah akibat pertikaian perdagangan yang berlanjutan dan menyebabkan sentimen berhati-hati terus ketara.

“Kami melihat FBM KLCI masih mencatat perkembangan dalam masa terdekat ini susulan sokongan dan peningkatan sederhana yang boleh menyebabkan indeks utama itu mencecah paras rintangan 1,605,” kata firma itu menerusi nota penyelidikannya. -BERNAMA