Pada 9.32 pagi, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 12.72 mata kepada 1,614.04 daripada 1,626.76 semasa ditutup pada Jumaat.

FBM KLCI dibuka rendah 5.64 mata kepada 1,621.12.

Terdapat 339 kaunter rugi dan 104 kaunter untung, manakala 236 kaunter tidak berubah, 1,208 tidak diniagakan dan 18 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 394.73 juta unit bernilai RM133.47 juta.

Malacca Securities Sdn Bhd berkata sentimen di pasaran saham masih dilihat lemah, berikutan perang perdagangan antara Amerika Syarikat dan China yang meningkat, dan turut dijangka menyebabkan trend global yang kurang memberangsangkan berpanjangan.

“Sama seperti saham berkaitan indeks, kami melihat saham turut mencatatkan aktiviti jualan yang meningkat berikutan sentimen ekuiti lemah, dan ini menyebabkan ramai peserta runcit terus tidak memasuki pasaran,” katanya. - BERNAMA