Pada rehat tengah hari, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 1.60 mata kepada 1,597.62 berbanding 1,599.22 pada penutupan Jumaat.

Berdasarkan kedudukan pasaran secara menyeluruh, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 338 berbanding 314, manakala 322 kaunter tidak berubah, 946 tidak diniagakan dan 14 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 1.22 bilion saham bernilai RM636.56 juta.

Seorang penganalisis berkata, pelabur terus berhati-hati terhadap masa depan ekonomi dunia dengan sebilangannya menarik keluar pelaburan dari pasaran saham untuk melabur dalam bon kerajaan.

“Pasaran dijangkakan tidak banyak berubah untuk hari ini, dengan peluang minimum untuk melepasi penanda aras 1,600 pada penutupan,” katanya. - BERNAMA