Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, Harald Hoelzl berkata, ia menawarkan pelbagai manfaat M-specific yang eksklusif untuk kesi­nambungan tawaran BMW Privileges Elite Card yang sebelum ini dinikmati oleh pemilik BMW.

Katanya, M ialah abjad paling berkuasa di dunia, dengan menggabungkan jiwa mereka yang mengutamakan prestasi tinggi kepada para pelanggan.

“Oleh itu, keistimewaan pemilikan M-specific yang ditawarkan kepada para pemilik BMW M ini sememangnya bertepatan.

“Menerusi pengenalan BMW Elite M Card, kami ingin terus memperkayakan khidmat bertaraf dunia yang diunjurkan oleh BMW,” katanya dalam ke­nyataan di sini.

Para pemilik kini boleh menikmati pelbagai ganjaran yang disediakan menerusi program keistimewaan ini dengan hanya menjadi sebahagian daripada keluarga BMW M.

Sejajar dengan penga­laman pemilikan premium yang dijanjikan oleh BMW Malaysia, pemilik BMW Elite M Card dapat menikmati acara-acara M Track di peringkat tempatan dan serantau pada harga eksklusif.

Pemegang kad ini juga boleh memanfaatkan diskaun tambahan bagi acara BMW Driver Training serta barangan BMW lifestyle.

Di samping itu, mereka akan diberikan keutamaan bagi temu janji servis dan ‘Reception at the Car’ (RATC) di kesemua cawangan BMW M Service serta wakil pengedar BMW M, termasuk diskaun istimewa bagi pengguna setia BMW M serta laman khas untuk anda dalam Aplikasi Mudah Alih BMW Group Loyalty+.

Pemilik BMW M kini akan memiliki akses menyeluruh ke atas semua tawaran yang dinikmati sebelum ini menerusi BMW Privileges Card yang meliputi jaminan tanpa had perbatuan lima tahun oleh BMW serta program servis berjadual percuma dan program jaminan tayar dua tahun 24 bulan oleh BMW untuk penawaran dan servis ‘Run Flat Tyre’.