Ketua Pegawai Eksekutif BIMB Invest, Najmuddin Mohd. Lutfi berkata, dengan kerjasama ini, dana berkenaan akan diperluaskan ke Singapura tahun ini seterusnya ke Indonesia dan Brunei pada 2020.

“Dana ini merupakan pelaburan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) berasaskan teknologi data besar dan teknologi kewangan (fintech),” katanya kepada pemberita di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE