Mendapatkan produk untuk perniagaan

* Tradisional

Sumber produk adalah elemen penting sebelum memulakan perniagaan. Usahawan perlu mencari produk mengikut keperluan mereka daripada pembekal pada harga lebih murah yang

logo iprice
 

akan meningkatkan peluang memperoleh keuntungan.

Amalan perniagaan tradisio­nal yang kebanyakan usahawan Malaysia cenderung lakukan adalah melalui cara borong. Kos membeli produk secara pukal adalah yang paling menarik minat peniaga. Walau bagaimanapun, peniaga cenderung untuk membuat keuntungan yang tinggi nilainya dalam jangka masa panjang. Konsep amalan ini boleh dilihat terutama oleh syarikat-syarikat besar seperti Giant dan Tesco.

* Digital

Menurut Amirul Mokhtar dari­pada EasyStore, sumber produk yang menggunakan kaedah pengurusan rantaian bekalan dalam talian yang mana usahawan tidak perlu memiliki gudang untuk menyimpan barang adalah sama dengan konsep perniagaan secara dropship.

Gudang maya ini sangat berguna kerana usahawan tidak perlu membuat pinjaman banyak untuk memulakan perniagaan mereka. Hakikatnya, usahawan tidak perlu menyimpan produk di kedai fizikal. Peniaga boleh memberi fokus kepada perbe­lanjaan mereka dengan lebih berkesan dan membeli stok yang dipesan oleh pelanggan sahaja.

Pengalaman pelanggan yang baik

* Tradisional

Di sinilah kedai fizikal mula membuat impak yang sukar untuk ditiru oleh kedai dalam talian. Menurut kajian V12data.com, pengguna dalam talian masih suka melawat kedai fizikal sebelum membuat pembelian.

Selain itu, perniagaan fizikal mampu mendapatkan maklum balas langsung daripada pengguna. Bagaimanapun, pengguna perlu berada di kedai untuk mendapatkan perkhidmatan pelanggan yang baik. Kajian KPMG menunjukkan 56 peratus pengguna merasakan penting untuk mencuba dan melihat produk sebelum membuat pembelian.

* Digital

Tidak seperti kedai fizikal, kedai dalam talian boleh mendapat maklum balas pengguna di mana-mana sahaja selagi mereka mempunyai akses internet melalui telefon bimbit atau komputer riba.

Perniagaan boleh mendapatkan maklum balas pengguna melalui pelbagai cara, daripada media sosial dan e-mel untuk live chat di laman web. Walaupun peniaga mungkin tidak dapat berhubung dengan pengguna secara peribadi, perniagaan digital mengatasi kelemahan ini dengan memberi maklum balas ataupun penyelesaian segera.

Penembusan pasaran

* Tradisional

Perniagaan tradisional terutamanya tertumpu kepada B2C yang mana biasanya memper­kenalkan produk atau perkhid­matannya dengan pengguna membuat pengiklanan seperti papan iklan, risalah dan gerai di tempat awam.

Di Malaysia, kita masih dapat melihat konsep yang mana promosi sedemikian dilakukan secara tradisional di pasar raya, pusat beli-belah dan tempat makan awam.

Cara lain adalah melalui iklan televisyen atau radio. Perniagaan hari ini masih menggunakan strategi pemasaran tradisional ini kerana ia adalah antara cara paling popular. Majalah dan akhbar juga merupakan contoh strategi pemasaran tradisional.

* Digital

Pemasaran digital memberi pilihan yang lebih luas bagi perniagaan untuk menembusi pasaran sasaran. Pemasaran digital juga inovatif dengan cara ia mengalirkan aliran perniagaan dari B2C ke C2B.

Media sosial digunakan secara meluas dalam strategi ini kerana mereka menyediakan trafik yang tinggi dan pada masa sama mening­katkan peluang untuk perniagaan.

Menurut Statcounter, statistik media sosial untuk Malaysia menunjukkan Facebook adalah laman media sosial paling popular dengan pengguna berjumlah 85.77 peratus berbanding YouTube dengan 3.95 peratus diikuti Pinterest, 3.79 peratus.

Satu artikel oleh Blue Wire Media menerangkan bahawa pemasaran digital membantu perniagaan menyasarkan pasaran dengan berkesan dan tepat. Walaupun pemasaran tradisional cekap dalam memberikan dasar kesedaran pengguna yang baik, namun sasaran penontonnya tidak dapat dikesan.

Laman media sosial di sisi lain pula menyediakan perniagaan dengan pendekatan yang lebih tepat dan membuat sasaran pasaran tertentu kurang rumit.

Daripada memilih model perniagaan tunggal, sama ada tradisional atau digital, pemilik perniagaan hari ini boleh memi­lih pelbagai saluran pilihan. Ada yang memilih untuk membuka kedai fizikal dan dalam talian. Tetapi, pilihan mana yang paling berkesan? Ini sangat bergantung pada matlamat perniagaan anda dan memilih cara yang paling berkesan untuk memasarkan perniagaan anda.

Najwan Nazim dan Jeremy Chew dari iPrice Group https://iprice.my.